JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI DAN TEKNIKAL LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-4:2017]
Kod CUA014-002-4:2017-C07
CompetencyCore
Tajuk CUPENTADBIRAN OPERASI PENTERNAKAN POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPentadbiran Operasi Penternakan Poltri/Unggas ialah aktiviti pentadbiran operasi ladang yang merangkumi penyediaan dokumentasi dan rekod operasi ladang, penyelarasan tenaga kerja dalam operasi, , menangani risiko di ladang.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat
ialah menyediakan dokumen dan rekod operasi ladang Poltri/Unggas,menyelaraskan penggunaan tenaga kerja operasi, memantau prestasi pencapaian subordinat, menyelaraskan aktiviti inventori ladang dan melaksanakan program menangani risiko mengikut SOP Operasi Ladang, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.



Hasilan unit kompetensi ini ialah pentadbiran operasi yang lancar, teratur dan membantu ladang memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang disasarkan pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan70
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Sediakan Dokumen Dan Rekod Operasi Ladang Poltri/Unggas
2. Selaraskan Penggunaan Tenaga Kerja Operasi
3. Pantau Prestasi Pencapaian Subordinat
4. Selaraskan Aktiviti Inventori Ladang
5. Laksanakan Program Menangani Risiko Ladang Poltri/Unggas
Pra-SyaratTIADA