JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI DAN TEKNIKAL LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-4:2017]
Kod CUA014-002-4:2017-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAWALAN OPERASI PUSAT PENETASAN POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPengawalan Operasi Pusat Penetasan Poltri/Unggas aktiviti mengawal proses penetasan telur poltri/unggas dengan menjaga keperluan tempat penetasan, suhu persekitaran dan pengudaraan dalam tempoh yang tertentu seperti jadual penetasan. Tempat penetasan disediakan terlebih dahulu pemindahan telur yang terpilih mengikut spesifikasi proses penetasan poltri/unggas.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah memantau prestasi unjuran hasil penetasan, memantau operasi Sistem Penetasan Poltri/Unggas, memantau tindakan pemulihan dan penambahbaikan prestasi penetasan dan menyediakan laporan prestasi penetasan mengikut SOP Penetasan, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah aktiviti pemantauan yang lancar dan bersistematik untuk proses penetasan yang menepati jadual dan unjuran prestasi, kurang kadar kematian akhirnya memperoleh hasil penetasan yang berkualiti, kuantiti yang disasarkan pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan200
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan aktiviti pemantauan yang lancar dan bersistematik untuk proses penetasan yang menepati jadual dan unjuran prestasi, kurang kadar kematian akhirnya memperoleh hasil penetasan yang berkualiti, kuantiti yang disasarkan pada harga pasaran optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Pantau Prestasi Unjuran Hasil Penetasan
2. Pantau Operasi Sistem Penetasan Poltri/Unggas
3. Pantau Tindakan Pemulihan Dan Penambahbaikan Prestasi Penetasan
4. Sediakan Laporan Prestasi Penetasan
5. Pantau Pengendalian Sisa Buangan Proses Penetasan
Pra-SyaratTIADA