JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI DAN TEKNIKAL LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-4:2017]
Kod CUA014-002-4:2017-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAWASAN PENGELUARAN POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPengawasan Pengeluaran Poltri/Unggas ialah aktiviti mengawas pengeluaran hasil ladang sama ada telur, DOC atau ayam daging berdasarkan sasaran unjuran pengeluaran dan polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah memantau pematuhan aktiviti pengeluaran poltri/unggas, melaksanakan penyiasatan ketidakcapaian sasaran hasil pengeluaran, memantau tindakan pemulihan dan penambahbaikan pengeluaran, memantau pengendalian sisa buangan ladang dan produk sub gred dan menyediakan laporan pengawasan pengeluaran Poltri/Unggas mengikut SOP Pengeluaran, ,Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah pengawasan yang lancar dan bersistematik dalam mengeluarkan hasil ladang yang menepati unjuran sasaran, hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan150
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan pengawasan yang lancar dan bersistematik dalam mengeluarkan hasil ladang yang menepati unjuran sasaran, hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti maksimum pada harga pasaran optimum serta kos minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Pantau Prestasi Pencapaian Unjuran Pengeluaran Poltri/Unggas
2. Pantau Pematuhan Aktiviti Pengeluaran Poltri/Unggas
3. Laksanakan Penyiasatan Ketidakcapaian Sasaran Hasil Pengeluaran
4. Pantau Tindakan Pemulihan Dan Penambahbaikan Pengeluaran
5. Pantau Pengendalian Sisa Buangan Ladang Dan Produk Sub Gred
6. Sediakan Laporan Pengawasan Pengeluaran Poltri/Unggas
Pra-SyaratTIADA