JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI DAN TEKNIKAL LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-4:2017]
Kod CUA014-002-4:2017-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAWALSELIAAN PEMBESARAN POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPengawalseliaan Pembesaran Poltri/Unggas ialah aktiviti pembesaran selepas tempoh perindukan dipantau mengikut spesifikasi pembesaran poltri/unggas.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah memantau Pematuhan Program Pembesaran poltri/unggas, memantau pelaksanaan aktiviti pemilihan poltri/nggas, memantau tindakan pemulihan pembesaran poltri/unggas, memantau penyediaan peringkat sebelum bertelur dan menyediakan laporan pembesaran poltri/unggas mengikut SOP pembesaran, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah anak poltri/unggas berada dalam proses pembesaran yang mematuhi spesifikasi, kurang kadar kematian dan menjalani proses pembesaran mengikut SOP, akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan150
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan anak poltri/unggas berada dalam proses pembesaran yang mematuhi spesifikasi, kurang kadar kematian dan menjalani proses pembesaran mengikut SOP, akhirnya memperoleh hasil pengeluaran berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Pantau Pematuhan Program Pembesaran Poltri/Unggas
2. Pantau Pelaksanaan Aktiviti Pemilihan Poltri/Unggas
3. Pantau Tindakan Pemulihan Pembesaran Poltri/Unggas
4. Pantau Penyediaan Peringkat Sebelum Bertelur
5. Sediakan Laporan Pembesaran Poltri/Unggas
Pra-SyaratTIADA