JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI DAN TEKNIKAL LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-4:2017]
Kod CUA014-002-4:2017-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAWALSELIAAN PERINDUKAN ANAK POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPengawalseliaan Perindukan Anak Poltri/Unggas ialah aktiviti pemantauan pemeliharaan anak poltri/unggas dengan menjaga keperluan makanan, suhu persekitaran dan pengudaraan dalam tempoh yang tertentu (10-14 hari). Tempat perindukan dipantau terlebih dahulu sebelum penerimaan anak tersebut.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah memantau proses sebelum Penerimaan Anak Poltri/Unggas , memantau proses Semasa Penerimaan Anak Poltri/Unggas, memantau Proses Selepas Penerimaan Anak Poltri/Unggas, mencadangkan langkah penambahbaikan untuk tindakan lanjutan dan menyediakan laporan pemantauan Perindukan Anak Poltri/Unggas mengikut SOP Perindukan ,Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah anak poltri/unggas dipastikan berada dalam proses perindukan yang mematuhi spesifikasi, akan kurang kadar kematian dan akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan150
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan anak poltri/unggas berada dalam proses perindukan yang mematuhi spesifikasi, kurang kadar kematian dan akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. . Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Pantau Proses Sebelum Penerimaan Anak Poltri/Unggas
2. Pantau Proses Semasa Penerimaan Anak Poltri/Unggas
3. Pantau Proses Selepas Penerimaan Anak Poltri/Unggas
4. Cadangkan Langkah Penambahbaikan Untuk Tindakan Lanjutan
5. Sediakan Laporan Pemantauan Perindukan Anak Poltri/Unggas
Pra-SyaratTIADA