JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI DAN TEKNIKAL LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-4:2017]
Kod CUA014-002-4:2017-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAWALSELIAAN PELAKSANAAN SISTEM BIOSEKURITI LADANG POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPengawalseliaan Pelaksanaan Sistem
Biosekuriti Poltri/ Unggas ialah aktiviti mengawal selia termasuk memantau untuk pencegahan, pengawalan dan pembasmian jangkitan penyakit dan perosak yang menyebabkan kematian poltri/unggas. Antara infrastruktur yang penting dalam pengawalan biosekuriti di ladang poltri/unggas ialah kondisi pagar ladang yang merangkumi pagar keliling dan gate/pintu masuk. Langkah pencegahan dan keselamatan dilaksanakan terhadap faktor yang boleh membawa wabak penyakit/kuman termasuk makanan, air, induk, kenderaan, peralatan dan personel yang keluar masuk ladang. Aspek kebersihan ,tatacara dan kaedah disinfeksi yang betul dititikberatkan dalam operasi perladangan, serta kawalan pergerakan keluar masuk ladang.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah pantau kondisi pagar ladang, pantau fungsi sistem perparitan, pantau aktiviti keluar masuk ke ladang, pantau pelaksanaan program pembasmian kuman dalam ladang dan sediakan laporan hasil pemantauan sistem biosekuriti mengikut mengikut SOP Biosekuriti, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah pencegahan, pengawalan dan pembasmian kuman dilaksanakan dengan pemantauan yang sistematik dan konsisten bagi menjamin keselamatan ladang poltri/unggas. Akhirnya organisasi
memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan80
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memantau aktiviti pencegahan, pengawalan dan pembasmian kuman secara sistematik dan konsisten bagi menjamin keselamatan ladang poltri/unggas. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Pantau Kondisi Pagar Ladang
2. Pantau Fungsi Sistem Perparitan
3. Pantau Aktiviti Keluar Masuk Ke Ladang
4. Pantau Pelaksanaan Program Pembasmian Kuman Dalam Ladang
5. Sediakan Laporan Hasil Pemantauan Sistem Biosekuriti
Pra-SyaratTIADA