JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI FLORIKULTUR [A011-001-2:2018]
Kod CUA011-001-2:2018-C07
CompetencyCore
Tajuk CUOPERASI PENYELENGGARAAN PERALATAN DAN MEKANISASI
Penerangan CUOperasi penyelenggaraan peralatan dan mekanisasi merupakan aktiviti penting dalam memastikan semua peralatan dan mekanisasi yang digunakan dalam penghasilan tanaman ornamental, berfungsi dengan baik serta tahan lama.

Mereka yang berketrampilan dalam operasi penyelenggaraan peralatan dan mekanisasi mesti boleh untuk kenalpasti peralatan dan mekanisasi yang hendak diselenggara, sediakan peralatan penyelenggaraan, selenggara peralatan dan mekanisasi dan jalankan aktiviti pembersihan dan pembasmian peralatan dan mekanisasi.

Hasil dari ketrampilan ini ialah proses penyelenggaraan peralatan dan mekanisasi dapat dilaksanakan dengan sistematik dan teliti untuk memastikan kefungsian yang baik serta meningkatkan daya tahan penggunan peralatan dan mekanisasi.
Tempoh Latihan96
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensiini adalah dapat melaksanakan proses penyelenggaraan peralatan dan mekanisasi dengan sistematik dan teliti untuk memastikan kefungsian yang baik serta meningkatkan daya tahan penggunan peralatan dan mekanisasi.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kenalpasti peralatan dan mekanisasi yang hendak diselenggara
2. Sediakan peralatan penyelenggaraan
3. Selenggara peralatan dan mekanisasi
4. Jalankan aktiviti pembersihan dan pembasmian peralatan dan mekanisasi
Pra-SyaratTidak Berkaitan