JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI FLORIKULTUR [A011-001-2:2018]
Kod CUA011-001-2:2018-C06
CompetencyCore
Tajuk CUOPERASI PENUAIAN TANAMAN ORNAMENTAL
Penerangan CUOperasi penuaian tanaman ornamental merupakan bahagian proses akhir dalam operasi penghasilan tanaman ornamental. Bahagian ini sangat penting bagi memastikan hasil tuaian tetap berada dalam kualiti yang dikehendaki.

Mereka yang berketrampilan dalam operasi penuaian tanaman ornamental mesti boleh kenalpasti tanaman yang hendak dituai, sediakan peralatan untuk penuaian tanaman, tuai hasil tanaman dan kendali hasil pasca tuai.

Hasil dari ketrampilan ini ialah proses penuaian tanaman ornamental dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan agar kualiti tanaman terpelihara.
Tempoh Latihan144
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensiini adalah dapat melaksanakan proses penuaian tanaman ornamental dengan sistematik dan berkesan agar kualiti tanaman terpelihara.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kenalpasti tanaman yang hendak dituai
2. Sediakan peralatan untuk penuaian tanaman
3. Tuai hasil tanaman
4. Kendali hasil pasca tuai
Pra-SyaratTidak Berkaitan