JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012]
Kod CUSS-205-3:2012-C10
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBUATAN WAU KENYALANG (SARAWAK)
Penerangan CUWau kenyalang adalah wau rasmi Negeri Sarawak. Ia mempunyai rupa yang sama dengan wau helang. Ia tergolong dalam kategori wau burung.

Pada kebiasaannya, wau kenyalang akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada wau ini adalah burung kenyalang.

Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau kenyalang ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai / rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses menampal kertas wau, jalankan proses mengikat teraju, jalankan proses membuat busur dan periksa kualiti wau kenyalang.

Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau kenyalang yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau kenyalang Negeri Sarawak. Wau kenyalang yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau kenyalang yang baik.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan Wau Kenyalangyang memenuhi
kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Kenyalang yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih
akan boleh:-
• Sediakan bahan & peralatan wau kenyalang
• Jalankan pemprosesan buluhwau kenyalang
• Hasilkan bingkai/rangka wau kenyalang
• Jalankan proses membuat tanah wau kenyalang
• Jalankan proses menampal kertas wau kenyalang
• Jalankan proses mengikat teraju wau kenyalang
• Jalankan proses membuat busur wau kenyalang
• Periksa kualiti wau kenyalang
Pra-Syarat0