JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI FLORIKULTUR [A011-001-2:2018]
Kod CUA011-001-2:2018-C04
CompetencyCore
Tajuk CUOPERASI PEMASUAN TANAMAN ORNAMENTAL
Penerangan CUOperasi pemasuan tanaman ornamental adalah suatu proses pemindahan tanaman ornamental dari tapak penanaman ke dalam bekas tanaman. Operasi ini bertujuan sama ada untuk jualan atau pembesaran tanaman ornamental.

Mereka yang berketrampilan dalam operasi pemasuan tanaman ornamental mesti boleh untuk kenalpasti keperluan pemasuan tanaman ornamental, sediakan peralatan untuk pemasuan, jalankan aktiviti pemasuan tanaman ornamental dan pantau pokok pasuan dalam bekas tanaman.

Hasil dari ketrampilan ini adalah proses pemasuan tanaman ornamental dapat dilaksanakan dengan berkesan agar penghasilan tanaman ornamental dapat meningkat dengan mengurangkan kadar kegagalan pertumbuhan tanaman ornamental di dalam bekas tanaman.
Tempoh Latihan168
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensiini adalah dapat melaksanakan proses pemasuan tanaman ornamental dengan berkesan agar penghasilan tanaman ornamental meningkat dengan mengurangkan kadar kegagalan pertumbuhan tanaman ornamental di dalam bekas tanaman.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kenalpasti keperluan pemasuan tanaman ornamental
2. Sediakan peralatan untuk pemasuan
3. Jalankan aktiviti pemasuan tanaman ornamental
4. Pantau pokok pasuan dalam bekas tanaman
Pra-SyaratTidak Berkaitan