JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012]
Kod CUSS-205-3:2012-C09
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBUATAN WAU HELANG (PERLIS)
Penerangan CUWau helang adalah wau rasmi Negeri Perlis. Ia mempunyai rupa yang sama dengan wau merak, kecuali tidak berekor panjang. Ia tergolong dalam kategori wau burung.

Pada kebiasaannya, wau helang akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada wau helang adalah burung helang atau burung pemangsa yang lain.

Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau helang ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai / rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses menampal kertas wau, jalankan proses mengikat teraju, jalankan proses membuat busur dan periksa kualiti wau helang.

Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau helang yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau helang Negeri Perlis. Wau helang yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau helang yang baik.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan Wau Helangyang memenuhi
kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Helangyang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan
boleh:-
• Sediakan bahan & peralatan wau helang
• Jalankan pemprosesan buluhwau helang
• Hasilkan bingkai / rangkawau helang
• Jalankan proses membuat tanah wau helang
• Jalankan proses menampal kertas wau helang
• Jalankan proses mengikat teraju wau helang
• Jalankan proses membuat busur wau helang
• Periksa kualiti wau helang
Pra-Syarat0