JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012]
Kod CUSS-205-3:2012-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBUATAN WAU DODO HELANG (TERENGGANU)
Penerangan CUWau dodo helang adalah wau rasmi Negeri Terengganu. Ia tergolong dalam kategori wau burung. Ia mempunyai rupa yang sama dengan wau helang, kecuali hiasan pada ekornya terdapat sehelai kain panjang.

Pada kebiasaannya, wau dodo helang akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bunyi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada wau dodo helang adalah motif bunga dan kelarai yang menggunakan teknik sobek.

Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau dodo helang ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai / rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses menampal kertas wau, jalankan proses membuat belalai, jalankan proses mengikat teraju, jalankan proses membuat busur dan periksa kualiti wau dodo helang.

Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau dodo helang yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau dodo helang Negeri Terengganu. Wau dodo helang yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau dodo helang yang baik.
Tempoh Latihan168
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan Wau Dodo Helang yang
memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Dodo Helang yang baik. Apabila selesai CU
ini, pelatih akan boleh:-
• Sediakan bahan & peralatan wau dodo helang
• Jalankan pemprosesan buluh wau dodo helang
• Hasilkan bingkai / rangka wau dodo helang
• Jalankan proses membuat tanah wau dodo helang
• Jalankan proses menampal kertas wau dodo helang
• Jalankan proses membuat jambul wau dodo helang
• Jalankan proses mengikat teraju wau dodo helang
• Jalankan proses membuat busur wau dodo helang
• Periksa kualiti wau dodo helang
Pra-Syarat0