JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN LEMBU TENUSU [A014-005-3:2019]
Kod CUA014-005-3:2019-C10
CompetencyCore
Tajuk CUPEMASARAN HASIL LADANG LEMBU TENUSU
Penerangan CUPemasaran Hasil Ladang Lembu Tenusu adalah satu kompetensi mengenai bagaimana memasarkan hasil ladang seperti susu, lembu tenusu hidup, daging, silaj, foder, makanan lembu tenusu, baja atau tinja atau berbentuk perkhidmatan mengikut perancangan yang telah dibuat berdasarkan permintaan pasaran semasa.

Seseorang yang terlibat di dalam unit kompetensi ini mesti berkemahiran untuk kenalpasti permintaan pasaran, rancang aktiviti pemasaran, jalankan aktiviti pemasaran dan buat pengurusan rekod pemasaran.

Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam aktiviti pemasaran hasil ladang mengikut perancangan yang telah dibuat dan berdasarkan permintaan pasaran.
Tempoh Latihan110
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam aktiviti pemasaran hasil ladang mengikut perancangan yang telah dibuat dan berdasarkan permintaan pasaran.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kenalpasti permintaan pasaran.
2. Rancang aktiviti pemasaran.
3. Jalankan aktiviti pemasaran.
4. Buat pengurusan rekod pemasaran.
Pra-Syarat0