JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012]
Kod CUSS-205-3:2012-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBUATAN WAU MERAK (JOHOR)
Penerangan CUWau merak adalah wau rasmi Negeri Johor. Ia juga dikenali sebagai Layang-Layang Kipas. Ia memiliki rekabentuk bercirikan burung Merak dan tidak terikat kepada saiz yang tertentu. Wau merak biasanya mempunyai ekor yang panjang yang membezakannya dengan wau helang.

Pada kebiasaannya, wau Merak akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bunyi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, busur wau Merak dikatakan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring seperti Merak. Keistimewaan Wau Merak ialah pada busurnya yang boleh memainkan tujuh jenis irama atau bunyi bunyian. Pada asalnya, ia dimainkan pada waktu malam kerana ia dapat menghasilkan bunyi yang baik. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada Wau Merak pula adalah motif tumbuhan menjalar iaitu lada hitam dan gambir.

Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau puyuh ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai / rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses menampal kertas wau, jalankan proses membuat belalai, jalankan proses mengikat teraju, jalankan proses membuat busur/pitu-pitu dan periksa kualiti wau merak.

Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau merak yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau merak Negeri Johor. Wau merak yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau merak yang baik.
Tempoh Latihan168
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan WauMerak yang memenuhi
kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Merak yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan
boleh:-
• Sediakan bahan & peralatan wau merak
• Jalankan pemprosesan buluhwau merak
• Hasilkan bingkai / rangkawau merak
• Jalankan proses membuat tanah wau merak
• Jalankan proses menampal kertas wau merak
• Jalankan proses membuat jambul wau merak
• Jalankan proses mengikat teraju wau merak
• Jalankan proses membuat busur/pitu-pitu wau merak
• Periksa kualiti wau merak
Pra-Syarat0