JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN LEMBU TENUSU [A014-005-3:2019]
Kod CUA014-005-3:2019-C07
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN PENGELUARAN SUSU
Penerangan CUPengendalian Pengeluaran Susu adalah satu kompetensi mengenai kerja pengeluaran susu lembu tenusu, kerja pengujian susu supaya ianya selamat diminum, kerja penyimpanan susu dan teknik bagaimana untuk memberhentikan pengeluaran susu.

Seseorang yang terlibat di dalam unit kompetensi ini mesti berkemahiran untuk lakukan kerja pemerahan susu, lakukan ujian platform susu, lakukan kerja penyimpanan susu mentah dan lakukan kerja pemberhentian pengeluaran susu.

Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam kerja pengeluaran susu ruminan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan lembu tenusu dan penjagaan kualiti susu serta mematuhi Akta makanan 1983.
Tempoh Latihan220
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam kerja pengeluaran susu ruminan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan lembu tenusu dan penjagaan kualiti susu serta mematuhi Akta makanan 1983.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Lakukan kerja pemerahan susu.
2. Lakukan ujian platform susu.
3. Lakukan kerja penyimpanan susu mentah.
4. Lakukan kerja pemberhentian pengeluaran susu.
Pra-Syarat0