JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN LEMBU TENUSU [A014-005-3:2019]
Kod CUA014-005-3:2019-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN SISA LEMBU TENUSU DAN KOMPOS
Penerangan CUPengendalian Sisa Lembu Tenusu dan Kompos adalah satu kompetensi mengenai kerja pembersihan sisa makanan dan sisa buangan lembu tenusu di sekitar kandang termasuk sistem perparitan dan sisa tersebut dikumpul untuk dijadikan sebagai baja kompos. Sisa berbentuk cecair akan dikitar semula sebelum dilepaskan pada ladang pastura lembu tenusu.

Seseorang yang terlibat di dalam unit kompetensi ini mesti berkemahiran untuk bersihkan sistem perparitan sisa lembu tenusu, kendali sisa pepejal, hasilkan baja kompos dan kendali sisa cecair kandang.

Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam kerja mengendalikan sisa kandang lembu tenusu mengikut prosedur untuk menjamin kebersihan kadang, alam sekitar, keselamatan masyarakat dan dapat menghindarkan lembu tenusu daripada dijangkiti penyakit.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah adalah untuk menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam kerja mengendalikan sisa kandang lembu tenusu mengikut prosedur untuk menjamin kebersihan kadang, alam sekitar, keselamatan masyarakat dan dapat menghindarkan lembu tenusu daripada dijangkiti penyakit.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Bersihkan sistem perparitan sisa lembu tenusu.
2. Kendali sisa pepejal.
3. Hasilkan baja kompos.
4. Kendali sisa cecair kendang.
Pra-Syarat0