JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012]
Kod CUSS-205-3:2012-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBUATAN WAU PUYUH (KELANTAN)
Penerangan CUWau puyuh adalah wau rasmi Negeri Kelantan. perbezaan wau ini dengan wau lain adalah pada bahagian hujung sayapnya yang menyerupai sayap burung dan memiliki corak ekor yang lebih melengkung. Wau ini juga dikenali sebagai wau pungguk.

Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau puyuh ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai / rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses menampal kertas wau, jalankan proses membuat belalai, jalankan proses mengikat teraju, jalankan proses membuat busur, dan periksa kualiti wau puyuh.

Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau puyuh yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau puyuh Negeri Kelantan. Wau puyuh yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau puyuh yang baik.
Tempoh Latihan168
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan WauPuyuhyang memenuhi
kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Puyuhyang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan
boleh:-
• Sediakan bahan & peralatan wau puyuh
• Jalankan pemprosesan buluhwau puyuh
• Hasilkan bingkai/rangka wau puyuh
• Jalankan proses membuat tanah wau puyuh
• Jalankan proses menampal kertas wau puyuh
• Jalankan proses membuat jambul wau puyuh
• Jalankan proses mengikat teraju wau puyuh
• Jalankan proses membuat busur wau puyuh
• Periksa kualiti wau puyuh
Pra-Syarat0