JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012]
Kod CUSS-205-3:2012-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBUATAN WAU JALA BUDI
Penerangan CUWau jala budi adalah salah satu daripada tiga wau yang telah di iktiraf sebagai wau tradisional Malaysia. Wau ini menyerupai bentuk tubuh seorang perempuan dari pandangan belakang.

Asal usul wau jala budi dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai daun budi manakala perkataan jala pula wujud bersempena kerangka ekor wau jala budi yang berbentuk seperti jala.

Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau jala budi ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai / rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses menampal kertas wau, jalankan proses membuat belalai, jalankan proses mengikat teraju, jalankan proses membuat busur, dan periksa kualiti wau jala budi.

Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau jala budi yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau jala budi tradisional Malaysia. Wau jala budi yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau jala budi yang baik.
Tempoh Latihan216
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan WauJala Budiyang memenuhi
kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Jala Budiyang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan
boleh:-
• Sediakan bahan & peralatan wau jala budi
• Jalankan pemprosesan buluhwau jala budi
• Hasilkan bingkai / rangka waujala budi
• Jalankan proses membuat tanah wau jala budi
• Jalankan proses menampal kertaswau jala budi
• Jalankan proses membuat rambuwau jala budi
• Jalankan proses mengikat terajuwau jala budi
• Jalankan proses membuat busur wau jala budi
• Periksa kualiti wau jala budi
Pra-Syarat0