JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012]
Kod CUSS-205-3:2012-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBUATAN WAU KUCING
Penerangan CUWau kucing adalah salah satu daripada tiga wau yang telah di iktiraf sebagai wau tradisional Malaysia. Wau Kucing dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai seekor kucing yang sedang duduk dari sudut belakang, bermula dari bahagian kepala, badan dan seterusnya ekor kucing. Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah menjadikan wau ini sebagai lambangnya.

Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau kucing ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai / rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses menampal kertas wau, jalankan proses membuat belalai, jalankan proses mengikat teraju, jalankan proses membuat busur dan periksa kualiti wau kucing.

Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau kucing yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau kucing tradisional Malaysia. Wau kucing yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau kucing yang baik.
Tempoh Latihan168
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan Wau Kucing yang memenuhi
kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Kucing yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan
boleh:-
• Sediakan bahan & peralatan wau kucing
• Jalankan pemprosesan buluhwau kucing
• Hasilkan bingkai / rangkawau kucing
• Jalankan proses membuat tanah wau kucing
• Jalankan proses menampal kertas wau kucing
• Jalankan proses membuat rambu wau kucing
• Jalankan proses mengikat teraju wau kucing
• Jalankan proses membuat busur wau kucing
• Periksa kualiti wau kucing
Pra-Syarat0