JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012]
Kod CUSS-205-3:2012-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBUATAN WAU BULAN
Penerangan CUWau bulan adalah salah satu daripada tiga wau yang telah di iktiraf sebagai wau tradisional Malaysia. Wau ini dikenali sebagai wau bulan kerana dibahagian ekor wau ini menyerupai bulan sabit. Manakala bahagian sarinya menyerupai bulan penuh. Oleh yang demikian, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.

Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah.

Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau bulan ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai / rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses menampal kertas wau, jalankan proses membuat belalai, jalankan proses mengikat teraju, jalankan proses membuat busur dan periksa kualiti wau bulan.

Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau bulan yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau bulan tradisional Malaysia. Wau bulan yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau bulan yang baik.
Tempoh Latihan216
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan Wau Bulan yang memenuhi
kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Bulan yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan
boleh:-
• Sediakan bahan & peralatan wau bulan
• Jalankan pemprosesan buluhwau bulan
• Hasilkan bingkai/rangka wau bulan
• Jalankan proses membuat tanah wau bulan
• Jalankan proses menampal kertas wau bulan
• Jalankan proses membuat belalai wau bulan
• Jalankan proses mengikat teraju wau bulan
• Jalankan proses membuat busur wau bulan
• Periksa kualiti wau bulan
Pra-Syarat0