JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPembuatan Keris & Parang [SS-203-3:2012]
Kod CUSS-203-3:2012-E02
CompetencyElektif
Tajuk CUPEMBUATAN PERALATAN KETUKANGAN KERIS & PARANG
Penerangan CUKebanyakan peralatan dalam pembuatan keris & parang sukar di perolehi di pasaran. Oleh yang demikian, tukang terpaksa membuat pengubahsuaian atau menghasilkan sendiri peralatan pertukangan.

Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan peralatan ketukangan keris & parang ini adalah; Kaji keperluan peralatan, sediakan bahan & peralatan, hasilkan pengepit, hasilkan pengilas, ubahsuai kepala tukul, hasilkan dapur, ubahsuai ekor buaya, ubahsuai pahat, ubahsuai mata gerudi dan hasilkan pisau ukir halus.

Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan dan mengubahsuai peralatan pembuatan keris & parang yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk. Peralatan yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pengguna dan mengikuti amalan pembuatan peralatan yang baik.
Tempoh Latihan192
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan peralatan ketukangan keris & parang yang
memenuhi kepuasan pengguna dan mengikuti amalan pembuatan peralatan ketukangan keris & parang yang baik.
Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
Kaji keperluan peralatan
Sediakan bahan & peralatan
Hasilkan pengepit
Hasilkan pengilas
Ubahsuai kepala tukul
Hasilkan dapur
Ubahsuai ekor buaya
Ubahsuai pahat
Ubahsuai mata gerudi
Hasilkan pisau ukir halus
Pra-Syarat0