JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN MARIN [A032-004-3:2019]
Kod CUA032-004-3:2019-C09
CompetencyCore
Tajuk CUBIOSEKURITI DAN PENJAGAAN KESIHATAN HATCERI
Penerangan CUBiosekuriti Dan Penjagaan Kesihatan Hatceri adalah salah satu kompetensi untuk mencegah penyakit daripada terkena kepada benih ikan.


Calon yang kompeten akan berupaya untuk memantau rekod pengeluaran dan dokumen daya jejak, memantau kebersihan dan sanitasi, menyemak pematuhan peraturan dan undang-undang, memeriksa pematuhan infrastruktur fizikal di tapak dan melakukan pemeriksaan perlaksanaan biosekuriti.

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan pekerja kemahiran yang tinggi dalam kerja pemeriksaan pematuhan peraturan dan pelaksanaan keselamatan Bio mengikut Amalan Akuakultur Baik.
Tempoh Latihan110
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk menyediakan pekerja kemahiran yang tinggi dalam kerja pemeriksaan pematuhan peraturan dan pelaksanaan keselamatan Bio mengikut Amalan Akuakultur Baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Pantau rekod pengeluaran dan dokumen daya jejak (traceability).
2. Pantau kebersihan dan sanitasi.
3. Semak pematuhan peraturan dan undang-undang.
4. Periksa pematuhan infrastruktur fizikal di tapak.
5. Lakukan pemeriksaan perlaksanaan biosekuriti.
Pra-SyaratTiada