JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN MARIN [A032-004-3:2019]
Kod CUA032-004-3:2019-C08
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN HASIL TUAIAN BENIH
Penerangan CUPengendalian Hasil Tuaian Benih adalah salah satu kompetensi yang diperlukan untuk bidang kerja ternakan akuakultur. Kompetensi ini melibatkan kerja-kerja penuaian, penggredan dan pembungkusan benih ikan.

Calon yang kompeten akan berupaya untuk membuat persediaan menuai, mengred benih untuk dituai, membungkus benih ikan dan merekod kerja penuaian hasil.


Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan pekerja kemahiran yang tinggi dalam kerja penggredan dan pembungkusan benih ikan mengikut prosedur kerja.
Tempoh Latihan220
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk menyediakan pekerja kemahiran yang tinggi dalam kerja penggredan dan pembungkusan benih ikan mengikut prosedur kerja.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Buat persediaan menuai.
2. Gred benih untuk dituai.
3. Bungkus benih ikan.
4. Rekod kerja penuaian hasil.
Pra-SyaratTiada