JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN MARIN [A032-004-3:2019]
Kod CUA032-004-3:2019-C03
CompetencyCore
Tajuk CUOPERASI PENGAMBILAN DAN PENGURUSAN AIR LAUT
Penerangan CUOperasi Pengambilan Dan Pengurusan Air Laut adalah salah satu kompetensi yang diperlukan untuk bidang kerja ternakan akuakultur. Kompetensi ini melibatkan kerja-kerja mengendali operasi pengurusan pengambilan air dari laut, penyimpanan stok air laut serta rawatan air buangan.

Calon yang kompeten akan berupaya untuk mengendalikan operasi pengambilan air laut, merawat air masuk, mengawal stok simpanan air laut dan merawat air buangan/ effluen.

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan pekerja kemahiran yang tinggi dalam kerja pengurusan air laut termasuk kawalan stok simpanan dan rawatan air laut untuk kegunaan ternakan hatceri.
Tempoh Latihan40
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk menyediakan pekerja kemahiran yang tinggi dalam kerja pengurusan air laut termasuk kawalan stok simpanan dan rawatan air laut untuk kegunaan ternakan hatceri.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kendali operasi pengambilan air laut.
2. Rawat air masuk.
3. Kawal stok simpanan air laut.
4. Rawat air buangan/effluen.
Pra-SyaratTiada