JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN MARIN [A032-004-3:2019]
Kod CUA032-004-3:2019-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPEMILIHAN TAPAK HATCERI
Penerangan CUPemilihan Tapak Hatceri merupakan salah satu kompetensi yang diperlukan untuk bidang kerja ternakan akuakultur. Kompetensi ini melibatkan kerja-kerja menentukan kawasan untuk ternakan hatceri dari aspek status tanah sehinggalah ke kerja-kerja penyedian kawasan lapang yang siap sedia untuk ternakan hatceri.

Calon yang kompeten akan berupaya untuk menilai lokasi tapak, menentukan status tapak, menilai kesesuaian tanah, menentukan kesesuaian air dan menafsirkan peraturan pihak berkuasa.

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan pekerja kemahiran yang tinggi dalam kerja penilaian kesesuaian lokasi, tanah dan air serta mampu mentafsir peraturan pihak berkuasa sebelum pembinaan tapak hatceri.
Tempoh Latihan50
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk menyediakan pekerja kemahiran yang tinggi dalam kerja penilaian kesesuaian lokasi, tanah dan air serta mampu mentafsir peraturan pihak berkuasa sebelum pembinaan tapak hatceri.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Nilai lokasi tapak.
2. Tentu status tapak.
3. Nilai kesesuaian tanah.
4. Tentu kesesuaian air.
5. Tafsir peraturan pihak berkuasa.
Pra-SyaratTiada