JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG RUMINAN [A014-001-5:2017]
Kod CUA014-001-5:2017-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPengurusan Pentadbiran & Sumber Manusia
Penerangan CUPengurusan pentadbiran ladang ternakan adalah bertujuan untuk mengurus hal pentadbiran ladang dan pengurusan sumber manusia.
Calon yang kompeten akan berupayalaksana pengambilan dan perjawatan, urus latihan kakitangan, rangkaian hubungan industri, imbuhan dan pampasan, perlaksanaan polisi dan peraturan, perlaksanaan audit, pengurusan risiko dan aktiviti pengendalian logistik dan aset
Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk memastikan pentadbiran ladang ternakan dan pembangunan sumber manusia diurus secara sistematik dan berhemah mengikut amalan terbaik syarikat.
Tempoh Latihan680
Objektif PembelajaranPelatih yang kompeten bagi unit kompetensi ini berkebolehan untuk mengurus pentadbiran & sumber manusia secara komprehensif dan bersistematik.Setelah tamat latihan, pelatih akan berkeupayaan untuk melakukan aktiviti kerja berikut:-
1. Laksana pengambilan dan perjawatan
2. Urus latihan kakitangan
3. Urus rangkaian hubungan industri
4. Urus imbuhan dan pampasan
5. Urus perlaksanaan polisi dan peraturan
6. Urus perlaksanaan audit
7. Urus pengurusan risiko
8. Urus aktiviti pengendalian logistik dan aset
Pra-Syarat0