JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG PADI [AF-051-5:2015]
Kod CUAF-051-5:2015-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUPENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) PENGELUARAN PADI
Penerangan CUPenyelidikan dan Pembangunan (R&D) Pengeluaran Padi ialah aktiviti menguruskan maklumat penyelidikan dan pembangunan teknologi pengeluaran padi yang sedia ada untuk diguna dalam ladang.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), senarai semak (Rice Check) keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, teknologi pengeluaran padi serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah menganalisa maklumat R&D, menyediakan kertas cadangan R&D,
melaksanakan aplikasi R&D, memantau keberkesanan aplikasi R&D dan melaporkan kemajuan aktiviti R&D mengikut Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, teknologi baru/adaptasi pengeluaran padi serta polisi organisasi.

Hasil unit kompetensi ini adalah peningkatan/pertambahan hasil padi melalui aplikasi/adaptasi teknologi baru yang diselidik dan dibangunkan oleh pihak penyelidik pengeluaran padi yang menepati Amalan Pertanian Baik (MyGAP) sejajar dengan sasaran Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan100
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan menghasilkan peningkatan/pertambahan hasil padi melalui aplikasi/adaptasi teknologi baru yang diselidik dan dibangunkan oleh pihak penyelidik pengeluaran padi yang menepati Amalan Pertanian Baik (MyGAP) sejajar dengan sasaran Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Analisis maklumat R&D
• Menyediakan kertas cadangan R&D
• Melaksanakan aplikasi R&D
• Memantau keberkesanan aplikasi R&D
• Melaporkan kemajuan aktiviti R&D
Pra-Syarat-