JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG PADI [AF-051-5:2015]
Kod CUAF-051-5:2015-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN PEMBANGUNAN LADANG
Penerangan CUPengurusan Pembangunan Ladang ialah aktiviti pengurusan kerja-kerja yang terlibat dalam membangunkan ladang baru atau menambahbaik ladang sedia ada.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), senarai semak (Rice Check) keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, spesifikasi teknikal ladang (kelauasan tapak, mekanisasi dan nisbah input pertanian) serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah
menganalisa keperluan pembangunan ladang, merancang pembangunan ladang, mengesahkan keperluan input pertanian dan perkhidmatan, meluluskan projek pembangunan, menilai keberkesanan projek pembangunan mengikut Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, pelan pembangunan ladang serta polisi organisasi.

Hasil unit kompetensi ini adalah pembangunan ladang baru dan kawasan sedia ada yang dibaik pulih untuk penambahan/peningkatan hasil padi serta mengoptimumkan sumber operasi yang menepati Amalan Pertanian Baik (MyGAP) sejajar dengan sasaran Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan menguruskan pembangunan ladang baru dan kawasan sedia ada yang dibaik pulih untuk penambahan/peningkatan hasil padi serta mengoptimumkan sumber operasi yang menepati Amalan Pertanian Baik (MyGAP) sejajar dengan sasaran Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Analisis keperluan pembangunan ladang
• Rancang pembangunan ladang
• Sahkan keperluan input pertanian dan perkhidmatan
• Mengatur kelulusan projek pembangunan
• Nilaikan keberkesanan projek pembangunan
Pra-Syarat-