JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG PADI [AF-051-5:2015]
Kod CUAF-051-5:2015-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN TENAGA KERJA LADANG
Penerangan CUPengurusan Tenaga Kerja Ladang ialah aktiviti pengurusan tenaga kerja yang terlibat dalam operasi pengeluaran padi .

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), senarai semak (Rice Check) keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah membangunkan perancangan sumber tenaga kerja, merancang pembangunan kerjaya pekerja, merancang pengambilan pekerja, mengendalikan penilaian semula prestasi pekerja, laksanakan kaunseling pekerja, dan memantau kebajikan pekerja mengikut Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasil unit kompetensi ini adalah hasil pengeluaran padi yang bermutu sumbangan dari pekerja yang berkemahiran dan kompeten dalam melaksanakan semua tugasan menepati Amalan Pertanian Baik (MyGAP) sejajar dengan sasaran Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan380
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan menguruskan tenaga kerja ladang padi agar pengeluaran padi yang bermutu sumbangan dari pekerja yang berketerampilan dan berkelayakan. Pekerja-pekerja ini akan mampu melaksanakan semua tugasan menepati Amalan Pertanian Baik (MyGAP) sejajar dengan sasaran Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Bangunkan perancangan sumber tenaga kerja
• Rancang pengambilan pekerja
• Rancang pembangunan kerjaya pekerja
• Kendalikan penilaian semula prestasi pekerja
• Laksanakan kaunseling pekerja
• Pantau kebajikan pekerja
Pra-Syarat-