JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG PADI [AF-051-5:2015]
Kod CUAF-051-5:2015-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN KEWANGAN LADANG
Penerangan CUPengurusan Kewangan Ladang ialah aktiviti pengurusan yang melibatkan bajet organisasi, perbelanjaan operasi pengeluaran padi .

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), senarai semak (Rice Check) keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, perancangan kewangan serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah menyemak keperluan aktiviti perngkormesilan padi,menyediakan pelan peningkatan hasil, menyediakan pelan perniagaan, melaksanakan aktiviti pengkomersilan, memantau pelaksanaan aktiviti pengkomersilan dan menyediakan laporan kemajuan mengikut Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasil unit kompetensi ini adalah anggaran bajet ladang yang menepati perancangan kewangan dan sasaran organisasi untuk kelancaran operasi organisasi sejajar dengan sasaran Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan menghasilkan anggaran bajet ladang yang menepati perancangan kewangan dan sasaran organisasi untuk kelancaran operasi organisasi sejajar dengan sasaran Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Semak keperluan pengurusan kewangan ladang
• Rancang bajet
• Kawal perbelanjaan
• Nilaikan semula bajet
• Sediakan dokumen pengurusan bajet
Pra-Syarat-