JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG PADI [AF-051-5:2015]
Kod CUAF-051-5:2015-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN OPERASI PENGELUARAN PADI
Penerangan CUPengurusan Operasi Pengeluaran Padi ialah aktiviti pengurusan operasi yang bermula dari penyediaan tapak ladang, pemilihan sumber tenaga kerja dan kepakaran, penentuan peralatan mekanisasi ladang mengikut kesesuaian serta pemilihan input pertanian yang terbaik.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), senarai semak (Rice Check) keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah menyemak keperluan operasi pengeluaran padi, merancang kerja-kerja operasi ladang, menyelaraskan pemutuan dan komisen kilang, memastikan hasil jualan padi mematuhi piawaian yang dipersetujui dengan pembeli, memantau penghantaran hasil padi dan mengesahkan dokumentasi operasi ladang mengikut Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.
Hasil unit kompetensi ini adalah operasi pengeluaran padi yang terurus dengan mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP) serta polisi organisasi untuk penghasilan padi yang optimum sejajar dengan sasaran Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan410
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan menguruskan operasi pengeluaran padi yang dirancang serta mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP) dan polisi organisasi untuk penghasilan padi yang optimum sejajar dengan sasaran Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Semak keperluan operasi pengeluaran padi
• Rancang kerja-kerja operasi ladang
• Selaraskan pemutuan dan komisen kilang
• Pastikan hasil jualan padi mematuhi piawaian yang dipersetujui dengan pembeli
• Pantau penghantaran hasil padi
• Sahkan dokumentasi operasi ladang
Pra-Syarat-