JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG PADI [AF-051-5:2015]
Kod CUAF-051-5:2015-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENGKOMERSILAN HASIL PADI
Penerangan CUPengkomersilan Hasil Padi ialah proses pengkomersilan hasil padi yang bermutu dalam industri pengeluaran padi. Aktiviti pengkomersilan ini meliputi persetujuan pembelian hasil padi oleh pembeli/pengilang, pemutuan hasil padi serta penghantaran hasil padi selepas penuaian kepada pembeli/pengilang pada masa yang disasarkan.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.


Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalahmenyemak keperluan aktiviti pengkomersilan padi,menyediakan pelan peningkatan hasil, menyediakan pelan perniagaan, melaksanakan aktiviti pengkomersilan, memantau pelaksanaan aktiviti pengkomersilan dan menyediakan laporan kemajuan mengikut Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasil unit kompetensi ini adalah penjualan hasil padi dengan perolehan keuntungan yang optimum kepada organisasi dan menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan410
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan menguruskan aktiviti pengkomersilan dan penjualan hasil padi dengan perolehan keuntungan yang optimum kepada organisasi dan menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Semak keperluan aktiviti pengkomersilan padi
• Sediakan pelan peningkatan hasil
• Sediakan pelan perniagaan
• Laksanakan aktiviti pengkomersilan
• Pantau pelaksanaan aktiviti pengkomersilan
• Sediakan laporan kemajuan aktiviti pengkomersilan
Pra-Syarat-