JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN OPERASI LADANG PADI [AF-051-4:2015]
Kod CUAF-051-4:2015-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN STOR LADANG
Penerangan CUPengurusan Stor Ladang ialah aktiviti untuk menguruskan stor ladang padi yang terlibat seperti penyimpanan peralatan kerja-kerja ladang padi dan input pertanian serta hasil tuaian padi sebelum dihantar ke kilang padi.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah menyemak keperluan aktiviti ladang, menyenaraikan keperluan peralatan dan input pertanian, menguruskan aktiviti perolehan, menyelaraskan penyimpanan peralatan dan input pertanian, dan menyediakan laporan pengurusan stor.

Hasil unit kompetensi ini adalah operasi pengeluaran padi yang lancar mengikut perancangan bagi mendapatkan hasil yang optimum (berkualiti, harga tinggi dan pemutuan baik) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan170
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan menguruskan stor di ladang padi agar terkawal dan kondusif bagi membolehkan peralatan serta input pertanian disimpan dalam keadaan baik serta selamat. Ini akan membantu operasi pengeluaran padi berjalan lancar mengikut senarai semakan (Rice Check) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
1. Semak keperluan aktiviti ladang
2. Periksa keperluan peralatan dan input pertanian
3. Uruskan aktiviti perolehan
4. Selaraskan penyimpanan peralatan dan input pertanian
5. Sediakan laporan pengurusan stor
Pra-Syarat-