JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN OPERASI LADANG PADI [AF-051-4:2015]
Kod CUAF-051-4:2015-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN KEPERLUAN MEKANISASI LADANG PADI
Penerangan CUPengurusan Keperluan Mekanisasi Ladang Padi ialah aktiviti untuk menguruskan keperluan mekanisasi di ladang padi yang terlibat dengan kerja-kerja seperti penyediaan tanah, penanaman padi, pembajaan dan penuaian yang menggunakan jentera.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalahmenyemak keperluan mekanisasi ladang padi, merancang kerja-kerja pengurusan mekanisasi, memantau operasi mekanisasi, menyelaraskan penyenggaraan mekanisasi dan menyediakan laporan prestasi mekanisasi ladang padi.

Hasil unit kompetensi ini adalah operasi pengeluaran padi yang lancar mengikut perancangan bagi mendapatkan hasil yang optimum (berkualiti, harga tinggi dan pemutuan baik) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan menguruskan keperluan mekanisasi di ladang padi agar mekanisasi untuk operasi pengeluaran padi cukup, kondisi yang baik dan selamat digunakan dalam proses penghasilan padi mengikut perancangan bagi mendapatkan hasil yang optimum (berkualiti, harga tinggi dan pemutuan baik) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Semak keperluan mekanisasi ladang padi
• Rancang kerja-kerja pengurusan mekanisasi
• Pantau operasi mekanisasi
• Selaraskan penyenggaraan mekanisasi
• Sediakan laporan prestasi mekanisasi ladang padi
Pra-Syarat-