JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN OPERASI LADANG PADI [AF-051-4:2015]
Kod CUAF-051-4:2015-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPEMANTAUAN PEMATUHAN AMALAN PERTANIAN BAIK (MYGAP)
Penerangan CUPemantauan Pematuhan Amalan Pertanian Baik ialah aktiviti untuk memantau kerja-kerja pengeluaran padi yang terlibat menurut Amalan Pertanian Baik (MyGAP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Insutri Asas Tani, Malaysia.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah
menyemak keperluan pematuhan Amalan Pertanian Baik, menyelaraskan pematuhan Amalan Pertanian Baik oleh pekerja. pantau persekitaran pekerjaan yang kondusif, mencadangkan pelan tindakan dan penambahbaikan pematuhan Amalan Pertanian Baik, memastikan pelaksanaan pelan tindakan dan penambahbaikan pematuhan Amalan Pertanian Baik serta menyelaraskan dokumentasi pelaksanaan pematuhan pelan tindakan dan penambahbaikan pematuhan Amalan Pertanian Baik


Hasil unit kompetensi ini adalah kepastian amalan pertanian baik dipatuhi pada setiap proses/fasa penghasilan padi yang terlibat bagi mendapatkan hasil yang optimum (berkualiti, harga tinggi dan pemutuan baik) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan190
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan melakukan pemantauan agar Amalan Pertanian Baik dipatuhi pada setiap proses/ fasa penghasilan padi yang terlibat bagi mendapatkan hasil yang optimum (berkualiti,harga tinggi dan pemutuan baik) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Semak keperluan pematuhan Amalan Pertanian Baik
• Selaraskan pematuhan Amalan Pertanian Baik oleh pekerja
• Pantau persekitaran pekerjaan yang kondusif
• Cadangkan pelan tindakan dan penambahbaikan pematuhan Amalan Pertanian Baik
• Pastikan pelaksanaan pelan tindakan dan penambahbaikan pematuhan Amalan Pertanian Baik
• Selaraskan dokumentasi pelaksanaan pematuhan pelan tindakan dan penambahbaikan pematuhan Amalan Pertanian Baik
Pra-Syarat-