JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN OPERASI LADANG PADI [AF-051-4:2015]
Kod CUAF-051-4:2015-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPEMANTAUAN OPERASI LADANG
Penerangan CUPemantauan Operasi Ladang ialah aktiviti untuk memantau kerja-kerja pengeluaran padi yang terlibat seperti penyediaan tanah, penanaman padi, pembajaan dan penuaian.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah
memeriksa keperluan pemantauan operasi ladang, merancang pemantauan operasi ladang, memantau operasi ladang dan menyediakan laporan pemantauan operasi ladang mengikut Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasil unit kompetensi ini adalah operasi pengeluaran padi yang lancar mengikut perancangan bagi mendapatkan hasil yang optimum (berkualiti, harga tinggi dan pemutuan baik) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN).


Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan melakukan ativiti pemantauan agar operasi pengeluaran padi yang lancar mengikut perancangan bagi mendapatkan hasil yang optimum (berkualiti, harga tinggi dan pemutuan baik) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Periksa keperluan pemantauan operasi ladang
• Rancang pemantauan operasi ladang
• Pantau operasi ladang
• Sediakan laporan pemantauan operasi ladang
Pra-Syarat-