JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramMekanisasi & Automasi Tanaman Padi [AF-065-3:2015]
Kod CUAF-065-3:2015-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUPENYELARASAN PEMBAIKAN ENJIN JENTERA PADI
Penerangan CUPenyelarasan pembaikan enjin jentera padi adalh fungsi penyelenggaraan jentera serta meyeleraskan kerja dan servis pembaikan jentera. Kompetensi ini menerangkan kompetensi dalam kerja penyelarasan pembaikan enjin jentera padi.

Calon yang kompetent akan berupaya mengenal pasti jenis kerosakan enjin jentera padi,
menentukan panel penyelenggaraan enjin jentera padi, menyelaraskan kerja penyelenggaraan enjin jentera,
menggantikan enjin alternatif dan
mengesahkan kerja penyelenggaraan enjin jentera

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyelaraskan kerja kerja pembaikan enjin jentera padi dan memastikan pemeliharaan enjin jentera padi yang teratur.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranPelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berupayaan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikpulih dan menganti peralatan jentera-jentera dan implement tanaman padi. Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk:
• Mengenal pasti jenis kerosakan enjin jentera padi
• Menentukan panel penyelenggaraan enjin jentera padi.
• Menyelaraskan kerja penyelenggaraan enjin jentera
• Menggantikan enjin alternatif
• Mengesahkan kerja penyelenggaraan enjin jentera
Pra-SyaratPengendali hendaklah mempunyai lessen memandu jentera dan keupayaan untuk menyelenggarakan jentera-jenteranya