JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramMekanisasi & Automasi Tanaman Padi [AF-065-3:2015]
Kod CUAF-065-3:2015-C09
CompetencyCore
Tajuk CUPENUAIAN PADI BERJENTERA
Penerangan CUPenuaian padi berjentera adalah suatu langkah dan proses kerja di mana fungsi-fungsinya dikendalikan secara sistematik dan teratur. Kompetensi ini menerangkan kompetensi dalam kerja penuaian padi berjentera yang membolehkan proses kerja dilaksanakan lebih berkesan, cepat dan sempurna

Calon yang kompetent akan berupaya mengenalpasti dan melawat kawasan penuaian,
mengesah skop penuaian tapak sawah, menyediakan jentera untuk kerja penuaian, menjalankan kerja penuaian padi, menyimpan jentuai di tapak sawah untuk tempoh sementara,
memindahkan jentuai, menyemak hasil kerja penuaian padi dan menyediakan laporan kerja

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menghasilkan kaedah penuaian padi yang efisyen dan produktif yang berjentera ini membolehkan penuaian dapat dilakukan secara sistematik dan lebih teratur.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranPelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berupayaan untuk menggunakan jentuai (tangential flow, axial flow) lori, jentuai mini (bawah 5tan), bush cutter, mobile trasher, low loader, mobile slasher, tractor, trailer bagi mengerjakan penuaian padi keadah jentera bagi menepati peraturan kerja. Ianya sewajarnya dilaksanakan dan menyempurnakan kerja penuaian padi dengan kaedah yang betul dengan sistem dan prosesnya mekanisasi dan automasi tanaman padi yang lebih berkesan serta jimat masa. Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk:
• Mengenalpasti dan melawat kawasan penuaian
• Mengesah skop penuaian tapak sawah
• Menyediakan jentera untuk kerja penuaian
• Menjalankan kerja penuaian padi
• Menyimpan jentuai di tapak sawah untuk tempoh sementara
• Memindahkan jentuai
• Menyemak hasil kerja penuaian padi
• Menyediakan laporan kerja
Pra-SyaratPengendali hendaklah mempunyai lessen memandu jentera dan keupayaan untuk menyelenggarakan jentera-jenteranya