JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramMekanisasi & Automasi Tanaman Padi [AF-065-3:2015]
Kod CUAF-065-3:2015-C07
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR SAWAH PADI BERJENTERA
Penerangan CUPenyelenggaraan infrastruktur sawah padi berjentera merupakan fungsi pembangunan dan peyelenggaraan infrastruktur sawah padi dengan kaedah jentera yang bertujuan menjimat masa serta lebih berkeupayaan prosesnya. Kompetensi ini menerangkan kompetensi dalam kerja penyelenggaraan infrastruktur sawahpadi.

Calon yang kompetent akan berupaya mengenalpasti keperluan kerja penyelenggaraan infrastruktur sawah padi, membaca plan penyelenggaraan infrastruktur sawah padi,
menyelaras kerja penyelenggaraan infrastruktur tanah sawah, menyemak fungsi infrastruktur sawah yang telah diselenggara dan
menyediakan laporan kerja

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk memastikan infrastruktur sawah padi diselenggarakan dengan baik dan mengikut tatacara kerja yang betul dan membolehkan pengendali melaksanakan kerja-kerja hakikinya lebih berkesan dan berupayaan
Tempoh Latihan108
Objektif PembelajaranPelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berupayaan untuk menggunakan traktor, excavator, backhoe loader, lori, ridger machine, dragline, rotary ditcher bagi mengerjakan penyelenggaraan infrastruktur sawah padi berjentera menepati peraturan kerja. Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk::
• Mengenalpasti keperluan kerja penyelenggaraan infrastruktur sawah padi
• Membaca plan penyelenggaraan infrastruktur sawah padi
• Menyelaras kerja penyelenggaraan infrastruktur tanah sawah
• Menyemak fungsi infrastruktur sawah yang telah diselenggara
• Menyediakan laporan kerja
Pra-SyaratPengendali hendaklah mempunyai lessen memandu jentera dan keupayaan untuk menyelenggarakan jentera-jenteranya