JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramMekanisasi & Automasi Tanaman Padi [AF-065-3:2015]
Kod CUAF-065-3:2015-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEMAIAN ANAK BENIH PADI BERJENTERA
Penerangan CUPenyemaian anak benih padi berjentera merupakan fungsi kerja yang dapat menjimatkan masa serta keupayaan dalam penyemaian dengan kaedah jentera. Kompetensi ini menerangkan kompetensi dalam kerja penyemaian anak benih.

Calon yang kompetent akan berupaya mengenalpasti varieti biji benih yang sah, menyediakan mesin penyemaian benih, menjalankan proses perendaman benih, menjalankan kerja semaian dengan mesin, mengurus tray yang telah siap diisi dengan media dan benih,
menjaga anak semaian
dan menguruskan penghantaran anak semai ke tapak sawah

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyempurnakan kerja penyemaian anak benih padi untuk menghasilkan pokok padi yang berkualiti dengan jentera
Tempoh Latihan168
Objektif PembelajaranPelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berupayaan untuk menggunakan traktor, rotary slasher, straw cutter, back pusher, bulldozer, excavator, back hoe loader, lori, plastering machine bagi mengerjakan kerja pembersihan sawah berjentera menepati peraturan kerja. Pelatih sesewajarnya berkeupayaan untuk menghasikan dan menyediakan tenaga kerja yang mempunyai skil yang tinggi dalam kerja pembersihan tanah bagi keupayaan untuk menjimat masa, lebih berkesan dan menyeluruh fungsi kerjanya Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk:
• Mengenalpasti varieti biji benih yang sah
• Menyediakan mesin penyemaian benih
• Menjalankan proses perendaman benih
• Menjalankan kerja semaian dengan mesin
• Mengurus tray yang telah siap diisi dengan media dan benih
• Menjaga anak semaian
• Menguruskan penghantaran anak semai ke tapak sawah
Pra-SyaratPengendali hendaklah mempunyai lessen memandu jentera dan keupayaan untuk menyelenggarakan jentera-jenteranya