JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramMekanisasi & Automasi Tanaman Padi [AF-065-3:2015]
Kod CUAF-065-3:2015-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPERATAAN TANAH SAWAH BERJENTERA
Penerangan CUPerataan tanah sawah berjentera adalah suatu fungsi kerja yang wajib dimana kerja perataan tanah sawah dikendalikan dengan lebih cepat dan sempurna. Kompetensi ini menerangkan kompetensi dalam kerja perataan tanah sawah berjentera.

Calon yang kompetent akan berupaya melawat dan memeriksa keadaan tanah sawah, menyelaraskan kerja-kerja pengukuran aras tanah,
menyediakan jentera dan peralatan perataan tanah,
menjalankan kerja perataan tanah, memeriksa hasil kerja perataan tanah dan
menyediakan laporan kerja

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menghasilkan kualiti kerja perataan tanah yang terbaik menepati kehendak dan spesifikasi tanaman padi
Tempoh Latihan156
Objektif PembelajaranPelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berupayaan untuk menggunakan traktor, backhoe loader, leveller (box, sikat, back pusher dsb.), manual asas kerja ukur tanah, keselamatan bekerja, keperluan kerja ukur tanah dan plan tanah bagi mengerjakan perataan tanah sawah menepati peraturan kerja. Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk:
• Melawat ke tapak untuk kerja perataan tanah
• Menentukan keperluan kerja perataan tanah
• Menyediakan jentera dan peralatan untuk perataan tanah
• Menjalankan kerja-kerja perataan tanah
• Memeriksa hasil kerja perataan tanah
• Menyediakan laporan kerja
Pra-SyaratPengendali hendaklah mempunyai lesen memandu jentera dan keupayaan untuk menyelenggarakan jentera-jenteranya