JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramMekanisasi & Automasi Tanaman Padi [AF-065-3:2015]
Kod CUAF-065-3:2015-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBERSIHAN TANAH SAWAH BERJENTERA
Penerangan CUPembersihan tanah sawah berjentera merupakan kompetensi yang wajib di bidang kerja tanaman padi. Ia menerangkan kompetensi dalam kerja pembersihan sawah berjentera.

Calon yang kompetent akan berupaya mengenalpasti pelan tanah sawah, melawat ke tapak untuk kepastian keperluan kerja,
menyediakan bahan-bahan kerja untuk pembersihan tanah sawah, menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah sawah, menyemak prestasi hasil kerja dan menyediakan laporan kerja.

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan tenaga kerja yang mempunyai skil yang tinggi dalam kerja pembersihan tanah bagi keupayaan untuk menjimat masa, lebih berkesan dan menyeluruh fungsi kerjanya
Tempoh Latihan132
Objektif PembelajaranPelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berupayaan untuk menggunakan traktor, rotary slasher, straw cutter, back pusher, bulldozer, excavator, back hoe loader, lori, plastering machine bagi mengerjakan pembersihan tanah sawah menepati peraturan kerja. Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk:
• Mengenalpasti pelan tanah sawah
• Melawat ke tapak untuk keperluan kepastian kerja
• Menyediakan bahan-bahan kerja untuk pembersihan tanah sawah
• Menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah sawah
• Menyemak prestasi hasil kerja
• Menyediakan laporan kerja
Pra-SyaratPengendali hendaklah mempunyai lesen memandu jentera dan berkeupayaan untuk menyelenggarakan jentera-jenteranya