JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN TANAMAN [A016-001-3:2016]
Kod CUA016-001-3:2016-C07
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELENGGARAAN LADANG TANAMAN
Penerangan CUPenyelenggaraan ladang
Ialah satu prosedur kerja melibatkan aktiviti menyenggara infrastruktur, tanah, saliran, peralatan, jentera ladang dan mengurus pembaikan jentera besar supaya operasinya berterusan, selamat dan tersusun dengan
mematuhi Akta Alam Sekitar 1974, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)

Individu itu berketrampilan untuk menyelenggara ladang tanaman jika berkebolehan melaksanakan tugasan seperti Senggara infrastruktur ladang,
Pemulihan tanah, baik pulih peralatan/jentera kecil pertanian dan urus kerja pembaikan besar jentera pertanian

Hasil daripada kompetensi ini individu boleh melaksanakan kerja-kerja
Penyenggaraan infrastruktur dan jentera ladang mengikut prosedur dan spesifikasi yang ditetapkan










Tempoh Latihan126
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini akan dapat melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan ladang serta mengenalpasti kerosakan,pembaikan jentera,infrastruktur ladang dan merekod kerja-kerja penyelenggaraan.

Setelah selesai menjalani unit kompetensi ini pelatih mesti boleh:

• Selenggara infrastruktur ladang
• Selenggara pemulihan tanah bermasalah
• Selenggara peralatan/jentera kecil pertanian
• Urus kerja pembaikan besar jentera pertanian
Pra-Syarat-