JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN TANAMAN [A016-001-3:2016]
Kod CUA016-001-3:2016-C06
CompetencyCore
Tajuk CUKENDALIAN HASIL TANAMAN
Penerangan CUPenuaian hasil tanaman
Ialah satu prosedur kerja melibatkan aktiviti menuai, mengumpul, merawat mengeringkan, mengred, menyimpan dan menjual hasil tanaman secara manual dan mekanisasi berdasarkan kehendak pasaran
haruslah mematuhi Akta Alam Sekitar 1974, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)

Individu itu berketrampilan untuk mengendali hasil tanaman jika berkebolehan melaksanakan tugasan menuai hasil tanaman dan melaksanakan aktiviti pascatuai
Hasil daripada kompetensi ini individu boleh melaksanakan kerja-kerja
Penuaian hasil menggunakan kaedah pascatuai dan menyimpan hasil ditempat penyimpanan yang dikhaskan bagi menjaga kualiti hasil tanaman mengikut spesifikasi, manual dan piawaian pengredan,pembungkusan dan pelabelan (FAMA 3P)
Tempoh Latihan194
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini akan dapat melaksanakan operasi penuaian hasil tanaman untuk mengekalkan kualiti hasil mengikut Amalan Pertanian Baik dan kaedah peraturan penggredan, pembungkusan dan pelabelan (3P) bagi mendapatkan harga pasaran yang optima

Setelah selesai menjalani unit kompetensi ini pelatih mesti boleh:

• Tuai hasil tanaman
• Kendali hasil pascatuai
• Simpan hasil tuaian
• Sediakan keperluan jualan
• Jual hasil tanaman
Pra-Syarat-