JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN TANAMAN [A016-001-3:2016]
Kod CUA016-001-3:2016-C05
CompetencyCore
Tajuk CUKAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT TANAMAN
Penerangan CUKawalan perosak dan penyakit tanaman ialah satu prosedur kerja melibatkan aktiviti mencegah, mengawal perosak/penyakit yang menyerang tanaman seperti virus, bakteria, kulat haiwan dan serangga
dengan cara kawalan kultura, biologi dan kimia.
haruslah mematuhi Akta Alam Sekitar 1974, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)


Individu itu berketrampilan untuk mengawal perosak dan penyakit
Jika berkebolehan melaksanakan tugasan membina struktur persekitaran terkawal (SPT),
membanci perosak dan penyakit tanaman, memasang perangkap serangga, menyembur racun makhluk perosak, melakukan pensetoran racun dan melupuskan bekas racun makhluk perosak dengan betul




Hasil daripada kompetensi ini individu boleh melaksanakan kerja-kerja menghasilkan struktur persekitaran terkawal yang teguh, tanaman bebas dari penyakit, perosak bagi memastikan tanaman sihat dan subur mengikut spesifikasi dan manual tanaman







Tempoh Latihan100
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini akan dapat melaksanakan operasi kawalan perosak dan penyakit tanaman secara berkesan mengikut amalan pertanian baik (APB) dan kaedah pengurusan perosak bersepadu (PPB) untuk memperolehi pengeluaran hasil yang berkualiti serta memelihara kualiti alam sekitar dan keselamatan pekerja

Setelah selesai menjalani unit kompetensi ini pelatih mesti boleh:

• Bina struktur persekitaran terkawal (SPT)
• Banci perosak dan penyakit tanaman
• Pasang perangkap serangga.
• Sembur racun makhluk perosak
Pra-Syarat-