JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN TANAMAN [A016-001-3:2016]
Kod CUA016-001-3:2016-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELENGGARAAN TANAMAN
Penerangan CUPenyelenggaraan tanaman ialah satu prosedur kerja melibatkan aktiviti menjaga dan menyelenggara tanaman di ladang bagi memastikan kesuburan, keseragaman, kekemasan tanaman untuk menjamin hasil berkualiti mengikut Amalan Pertanian Baik, haruslah mematuhi Akta Alam Sekitar 1974, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Racun Makhluk Perosak 1974


Individu itu berketrampilan untuk menyelenggara tanaman
Jika berkebolehan melaksanakan tugasan memasang junjung, mencantas tunas air/daun/dahan, melakukan pemangkasan, penjarangan putik
buah dan bunga tanaman hiasan, merangsang pertumbuhan tanaman, membina sistem pencahayaan, membuat pendebungaan berbantu, menyampul buah dan bunga, mengawal rumpai dan membaja tanaman

Hasil daripada kompetensi ini individu boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi menghasilkan junjung yang teguh, pokok yang subur dan seragam dan menghasilkan kualiti buah/bunga yang sekata mengikut spesifikasi dan manual tanaman







Tempoh Latihan181
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini akan dapat melakukan kerja-kerja penyelenggaraan tanaman mengikut prosedur kerja dan Amalan Pertanian Baik (APB) bagi menghasilkan tanaman yang subur, bebas dari penyakit, kebersihan ladang bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil yang berkualiti dan selamat untuk digunakan

Setelah selesai menjalani unit kompetensi ini pelatih mesti boleh:

• Pasang junjung tanaman (Sayur-sayuran, Buah-buahan, Tanaman hiasan )
• Cantas tunas air/daun/ dahan
• Lakukan pemangkasan tanaman (Pembentukan, Penjagaan, Pemulihan)
• Lakukan penjarangan putik buah dan bunga tanaman hiasan
• Rangsang pertumbuhan tanaman
• Bina sistem pencahayaan
• Buat pendebungaan berbantu
• Menyampul buah dan bunga
• Mengawal rumpai
• Membaja tanaman (Sayur-sayuran, Buah-buahan, Tanaman hiasan, Rumput hiasan)
Pra-Syarat-