JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN TANAMAN [A016-001-3:2016]
Kod CUA016-001-3:2016-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENANAMAN BAHAN TANAMAN
Penerangan CUPenanaman bahan tanaman ialah satu prosedur kerja melibatkan aktiviti memindahkan anak benih terpilih dari semaian ke tapak yang ditentukan.
Tanaman-tanaman adalah termasuk Tanaman hiasan,
Sayur sayuran,
Buah-buahan dan
Rumput hiasan


Individu itu berketrampilan untuk menanam bahan tanaman jika berkebolehan melaksanakan tugasan menanam biji benih tanaman secara terus, menanam anak pokok , menyulam anak pokok dan membuat penjarangan anak tanaman




Hasil daripada kompetensi ini individu boleh melaksanakan kerja-kerja menanam bahan tanaman yang subur dan seragam, melakukan penjarangan mengikut jarak tanaman, melakukan penyulaman pada pokok yang rosak, berpenyakit dan terbantut
mengikut spesifikasi dan manual tanaman
Tempoh Latihan71
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini akan dapat melaksanakan kerja penanaman berdasarkan jenis dan kaedah tanaman yang terkandung dalam manual tanaman, mengikut Amalan Pertanian Baik (APB)
Setelah selesai menjalani unit kompetensi ini pelatih mesti boleh:

• Semai biji benih secara terus
• Tanam anak pokok
• Sulam anak pokok tanaman
• Buat penjarangan anak tanaman
Pra-Syarat-