JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN TANAMAN [A016-001-3:2016]
Kod CUA016-001-3:2016-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN SEMAIAN TANAMAN
Penerangan CUPenyediaan Semaian Tanaman ialah satu prosedur kerja yang melibatkan penyediaan anak semaian sebelum ditanam ke ladang
Untuk mendapatkan anak benih yang subur dan mencukupi untuk dijual dan kegunaan sendiri.
Aktiviti penyediaan semaian tanaman haruslah mematuhi Akta Alam Sekitar 1974, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (MyGAP)


Individu itu berketrampilan untuk menyediakan semaian tanaman jika berkebolehan melaksanakan tugasan menyediakan tapak semaian,
membina struktur lindungan, memasang sistem pengairan, menyemai bahan semaian, kerja-kerja penyenggaraan dan merekod aktiviti berkaitan.


Hasil daripada kompetensi ini memastikan individu boleh menyediakan tapak dan alat semaian yang teguh dan saliran pengairan yang boleh digunakan untuk penyediakan bahan tanaman yang subur, bebas dari penyakit, keseragaman yang sama, peratus percambahan yang hidup mencapai 80% keatas serta mencukupi untuk keperluan ladang mengikut Amalan Pertanian Baik (APB)
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini akan dapat menyediakan tapak dan alat semaian untuk penyediaan bahan tanaman bagi mendapatkan bahan tanaman yang berkualiti serta mencukupi untuk keperluan ladang mengikut amalan pertanian baik (APB)

Setelah selesai menjalani unit kompetensi ini pelatih mesti boleh:

• Sedia tapak semaian
• Bina struktur lindungan semaian
• Pasang sistem pengairan
• Semai bahan tanaman
• Senggara anak semaian tanaman
Pra-Syarat-