JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN ABATOIR RUMINAN [AF-070-3:2015]
Kod CUAF-070-3:2015-C05
CompetencyCore
Tajuk CUAKTIVITI PENYELENGGARAAN FASILITI ABATTOIR
Penerangan CUAktiviti Penyelenggaraan Fasiliti Abattoir ialah kecekapan dalam melakukan kerja – kerja yang terlibat di dalam pemeliharaan
baikpulih bangunan, kemudahan-kemudahan dan
peralatan perkakasan dan perisian secara cekap dan
berkesan

Individu yang kompeten dalam Penyelenggaraan fasiliti Abattoir berupaya menyediakan jadual penyelenggaraan, memantau aktiviti penyelenggaraan fasiliti abattoir, memantau aktiviti penyelenggaraan mesin, peralatan dan perkakasan abatoir dan memantau aktiviti penyelenggaraan bilik sejuk abatoir.


Hasil kecekapan unit ini ialah keupayaan memastikan
urusan penyelengaraan bangunan, kemudahan – kemudahan dan
peralatan dirancang, dilaksana dan dipantau dengan cekap serta mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan mengikut garis panduan amalan pengilangan yang baik.
Tempoh Latihan200
Objektif PembelajaranHasil daripada keterampilan ini adalah kebolehupayaan untuk memastikan urusan penyelengaraan bangunan, kemudahan – kemudahan dan peralatan dirancang, dilaksana dan dipantau dengan cekap serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan mengikut garis panduan amalan pengilangan yang baik.Di penghujung unit ini, pelatih berupaya untuk :-
• Menyediakan jadual penyelenggaraan
• Memantau aktiviti penyelenggaraan fasiliti abattoir
• Memantau aktiviti penyelenggaraan mesin dan peralatan abattoir
• Memantau aktiviti penyelenggaraan bilik sejuk abattoir
Pra-Syarat-