JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN ABATOIR RUMINAN [AF-070-3:2015]
Kod CUAF-070-3:2015-C04
CompetencyCore
Tajuk CUAKTIVITI PERSEDIAAN PENSAMPELAN
Penerangan CUAktiviti Persediaan Pensampelan ialah kecekapan dalam mengumpulkan maklumat yang berkaitan secara rawak bagi tujuan untuk menjalankan kajian makmal dan pensampelan melibatkan penyelidikan terhadap sampel kajian.


Individu yang kompeten dalam Aktiviti Pensampelan berupaya untuk mengendalikan pengumpulan sampel calitan, mengendalikan pengumpulan sampel produk, mengendalikan pengumpulan sampel perkakasan, mengendalikan pengumpulan sampel air dan melengkapkan rekod pensampelan.



Hasil kecekapan unit ini ialah kebolehan menyelia dan menyelaras aktiviti-aktiviti pensampelan dengan teratur dan berdisiplin sejajar dengan kehendak pematuhan amalan pengilangan yang baik.
Tempoh Latihan200
Objektif PembelajaranHasil daripada keterampilan ini adalah kebolehupayaan untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu sampel kajian dan memudahkan pengumpulan data. Di penghujung unit ini, pelatih berupaya untuk :-
• Mengendalikan pengumpulan sampel calitan
• Mengendalikan pengumpulan sampel produk
• Mengendalikan pengumpulan sampel perkakasan
• Mengendalikan pengumpulan sampel air
• Melengkapkan rekod pensampelan
Pra-Syarat-